Isnin, 19 November 2012


TUGASAN INDIVIDU KRT 3013
TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
NAMA:ELIYANAMARLIZA BT OMAR
NO.MATRIK:PPG/BM/05/00796/2012/2/KIC


KARANGAN JENIS AUTOBIOGRAFI
MODEL KARANGAN
“ Aku Sebuah Komputer “.Tulis karangan kamu selengkapnya.
            Aku ialah sebuah komputer.Keluargaku lebih dikenali sebagai Dell.Aku bangga kerana dilahirkan di Malaysia.Tubuh badanku diperbuat daripada bahan-bahan seperti aluminium,plastik,kaca,komponen besi dan tembaga.Di dalam keluargaku ada dua jenis komputer,iaitu komputer riba dan komputer biasa.
            Untuk lengkap menjadi sebuah komputer tidak semudah yang disangka.Aku memerlukan kelengkapan seperti monitor,papan kekunci,tetikus,peranti disket,dan pelbagai aksesori yang lain.Setelah siap menjadi satu set komputer barulah aku dimasukkan ke dalam kotak untuk proses  pembungkusan dan penghantaran.
            Aku berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakanku yang lain.Aku telah dihantar ke sebuah kedai komputer yang terletak di Ipoh,Perak.Di sana aku dipamerkan bersama-sama rakan-rakan  komputer jenama yang lain seperti Samsung,Acer,Toshiba dan lain-lain.Para pengunjung bertali arus mengunjungi kedai ini untuk melihat dengan lebih dekat teknologi yang ditawarkan oleh setiap jenama komputer.
            Pada suatu hari aku berjaya menarik perhatian seorang pengunjung.Dia bersetuju membayar sejumlah RM 1999 untuk mendapatkan aku.Aku terus dibawa menaiki kereta menuju ke sebuah sekolah yang terletak di pedalaman.Aku diletakkan di dalam sebuah bilik.Hanya aku seorang yang tinggal di dalam bilik itu.Setelah siap dipasang,aku dicuba terlebih dahulu oleh seorang guru lelaki.Dia kelihatan berpuas hati terhadap prestasi yang aku miliki.
            Rupa-rupanya,aku telah ditempatkan di sebuah sekolah orang asli.Aku berasa kasihan kerana masih ramai murid orang asli yang masih buta komputer.Namun,aku berasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh guru di situ yang tidak jemu-jemu membimbing anak muridnya menggunakan komputer.Aku juga sentiasa menjaga kesihatan diriku agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka.
            Kini,aku sudah berkhidmat kepada warga sekolah tersebut selama tiga tahun.Aku telah berjaya menarik minat murid orang asli untuk mempelajari komputer.Sehingga kini, hampir separuh daripada murid orang asli telah mahir tentang perkara asas menggunakan komputer.Aku berharap agar aku dapat berkhidmat di sekolah ini dalam jangka masa yang lebih lama dan tidak mengalami masalah teknikal.


RANGKA KARANGAN
Tulis sebuah karangan autobiografi yang bertajuk “ Aku Sebuah Menara Telekomunikasi”

Pendahuluan :
-       Namaku – Menara Alor Star – ketinggian 179.5 meter – direka bentuk – arkitek Hafiznadra Agensi.

Isi penting :
1.    Berbentuk tirus – tinggi – bahan binaan – konkrit – menara – menggabungkan unsur estetika moden – mengekalkan bentuk tradisional yang menarik.
2.    Tujuan pembinaan menara – menara komunikasi – mempertingkatkan khidmat telekomunikas dan sistem pemancar radio.
3.    Balai cerap – melihat anak bulan – Ramadhan dan Syawal – penentuan puasa dan hari raya.
4.    Dikunjungi pelawat – dalam dan luar negara – tarikan – pelantar pemandangan,restoran berputar,kedai cenderamata.

Penutup :
-       Berbakti kepada rakyat – kebanggaan warga Negara Malaysia


CONTOH SOALAN AUTOBIOGRAFI

1.    Tulis sebuah karangan bertajuk “ Aku Sebuah Perpustakaan”

2.    Andaikan kamu sebagai sebatang sungai.Tulis riwayat hidup kamu selengkapnya



ISI TEMPAT KOSONG

“ Aku Sebuah Motosikal “ Tulis karangan kamu selengkapnya.

            Aku ialah sebuah motosikal.Aku diberi nama __________________.Aku dibuat daripada gabungan ______________________________________________ dan lain-lain lagi.Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Tokyo Jepun.
            Setelah anggota badanku siap dipasang,aku di masukkan ke dalam ____________________________________________________.Banyak lagi rakan sepertiku yang berada di dalam treler itu.Kami dihantar ke ____________________ untuk di _____________________________ ke Malaysia.Apabila aku sampai di pelabuhan Klang,sebuah treler lain telah menanti ketibaan ku dan rakan-rakan yang lain.Aku dan kawan-kawan telah dibawa pula ______________________________.
            Aku dipamerkan kepada orang ramai.Tauke kedai itu meletakkan tanda harga pada badanku.Hargaku ___________________________________________.Aku begitu bangga kerana ramai orang memuji-muji akan kecantikkanku.Mereka __________________________________________________________ badanku.
     Akhirnya,__________________________________________________________________.Pemuda itu menunggangku dengan penuh bergaya.Tugasku setiap hari ialah membawa pemuda itu _________________________________________ Apabila pulang dari kerja pemuda itu memandikan aku dan mengelap tubuh badanku.Dia ________________________________________________________.
            Pada suatu hari, aku dibawa berjalan-jalan.Tiba-tiba ___________________
________________________________________________________.Aku terbaring diatas jalan raya.Aku mengaduh kesakitan.Badanku ada yang pecah dan ___________________________________.Aku telah ________________________
            Aku ____________________________________.Aku tidak dapat bertugas seperti biasa lagi.Mekanik di bengkel itu ___________________________________ tubuh badanku.Dia hanya mengambil _____________________________________ yang boleh digunakan saja.Kini,aku ______________________________________
MENYUSUN PERENGGAN MENJADI KARANGAN YANG BETUL
Andai kamu sepasang kasut sukan.Ceritakan kisah hidup kamu.
            Pada suatu petang,seorang gadis begitu asyik membelekku.Mungkin dia berkenan akan bentuk dan kualiti yang aku miliki.Sangkaanku tepat.Dia telah membeliku dengan harga RM89.90.Aku sangat gembira kerana mendapat tuan yang baharu.
            Aku dan rakan-rakanku kini ditempatkan di sebuah kedai menjual peralatan sukan di sebuah pusat membeli-belah.di sekitar ibu kota.Di sini,aku dipamerkan di dalam rak kaca dan diletakkan tanda harga.Aku dapat mengenali rakan-rakanku yang berjenama lain seperti Line 7,Adidas,Puma,Yonex dan sebagainya.
            Pada setiap petang atau cuti hujung minggu,pemuda itu menggunakan aku untuk berjoging disekeliling taman rekreasi.Aku berasa teruja kerana dapat berkhidmat kepada tuan baharuku disamping membantu mengekalkan kecergasan dan kesihatannya.Selepas digunakan,badanku sentiasa dibersihkandan disimpan di tempat yang selamat.
            Aku ialah sepasang kasut sukan yang berjenama Power.Aku sering digunakan untuk berjoging dan bermain badminton.Aku merupakan kasut yang tahan lasak dan dapat digunakan sama ada di dalam atau di luar gelanggang.
            Aku bersyukur kerana mendapat tuan yang cermat dan berhemah.Sehingga kini,sudah hamper tiga tahun aku berkhidmat dengan tuanku.Meskipun tapakku semakin haus dan warna kulitku yang semakin pudar,namun dia masih setia menggunakan khidmatku.Aku bertuah mendapat tuan yang sebaiknya.
            Badanku diperbuat daripada kain kanvas yang berlapikkan span dan berlantaikan getah.Untuk lebih berdaya tahan,badanku telah digam dan dijahit kukuh supaya tahan lama.Setelah siap diproses,aku dimasukkan kedalam kotak.Aku akan dibawa bersama-sama rakan-rakanku yang lain meninggalkan tempat kelahiranku di Rompin, Pahang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan