TUGASAN INDIVIDU KRT 3013
TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
NAMA:ELIYANAMARLIZA BT OMAR
NO.MATRIK:PPG/BM/05/00796/2012/2/KIC
KARANGAN JENIS AUTOBIOGRAFI
TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
NAMA:ELIYANAMARLIZA BT OMAR
NO.MATRIK:PPG/BM/05/00796/2012/2/KIC
KARANGAN JENIS AUTOBIOGRAFI
MODEL KARANGAN
“ Aku Sebuah Komputer “.Tulis karangan kamu selengkapnya.
Aku ialah sebuah komputer.Keluargaku
lebih dikenali sebagai Dell.Aku bangga kerana dilahirkan di Malaysia.Tubuh
badanku diperbuat daripada bahan-bahan seperti aluminium,plastik,kaca,komponen
besi dan tembaga.Di dalam keluargaku ada dua jenis komputer,iaitu komputer riba
dan komputer biasa.
Untuk lengkap menjadi sebuah komputer
tidak semudah yang disangka.Aku memerlukan kelengkapan seperti monitor,papan
kekunci,tetikus,peranti disket,dan pelbagai aksesori yang lain.Setelah siap
menjadi satu set komputer barulah aku dimasukkan ke dalam kotak untuk
proses pembungkusan dan penghantaran.
Aku berasa sedih kerana terpaksa
berpisah dengan rakan-rakanku yang lain.Aku telah dihantar ke sebuah kedai komputer
yang terletak di Ipoh,Perak.Di sana aku dipamerkan bersama-sama rakan-rakan komputer jenama yang lain seperti
Samsung,Acer,Toshiba dan lain-lain.Para pengunjung bertali arus mengunjungi
kedai ini untuk melihat dengan lebih dekat teknologi yang ditawarkan oleh
setiap jenama komputer.
Pada suatu hari aku berjaya menarik
perhatian seorang pengunjung.Dia bersetuju membayar sejumlah RM 1999 untuk
mendapatkan aku.Aku terus dibawa menaiki kereta menuju ke sebuah sekolah yang
terletak di pedalaman.Aku diletakkan di dalam sebuah bilik.Hanya aku seorang
yang tinggal di dalam bilik itu.Setelah siap dipasang,aku dicuba terlebih
dahulu oleh seorang guru lelaki.Dia kelihatan berpuas hati terhadap prestasi
yang aku miliki.
Rupa-rupanya,aku telah ditempatkan
di sebuah sekolah orang asli.Aku berasa kasihan kerana masih ramai murid orang
asli yang masih buta komputer.Namun,aku berasa kagum dengan semangat yang
ditunjukkan oleh guru di situ yang tidak jemu-jemu membimbing anak muridnya
menggunakan komputer.Aku juga sentiasa menjaga kesihatan diriku agar dapat
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka.
Kini,aku sudah berkhidmat kepada
warga sekolah tersebut selama tiga tahun.Aku telah berjaya menarik minat murid
orang asli untuk mempelajari komputer.Sehingga kini, hampir separuh daripada
murid orang asli telah mahir tentang perkara asas menggunakan komputer.Aku
berharap agar aku dapat berkhidmat di sekolah ini dalam jangka masa yang lebih
lama dan tidak mengalami masalah teknikal.
RANGKA KARANGAN
Tulis sebuah karangan autobiografi yang bertajuk “ Aku
Sebuah Menara Telekomunikasi”
Pendahuluan
:
- Namaku – Menara Alor Star – ketinggian 179.5
meter – direka bentuk – arkitek Hafiznadra Agensi.
Isi
penting :
1. Berbentuk tirus – tinggi – bahan binaan –
konkrit – menara – menggabungkan unsur estetika moden – mengekalkan bentuk
tradisional yang menarik.
2. Tujuan pembinaan menara – menara komunikasi –
mempertingkatkan khidmat telekomunikas dan sistem pemancar radio.
3. Balai cerap – melihat anak bulan – Ramadhan
dan Syawal – penentuan puasa dan hari raya.
4. Dikunjungi pelawat – dalam dan luar negara –
tarikan – pelantar pemandangan,restoran berputar,kedai cenderamata.
Penutup
:
- Berbakti kepada rakyat – kebanggaan warga
Negara Malaysia
CONTOH SOALAN AUTOBIOGRAFI
1. Tulis
sebuah karangan bertajuk “ Aku Sebuah Perpustakaan”
2. Andaikan
kamu sebagai sebatang sungai.Tulis riwayat hidup kamu selengkapnya
ISI
TEMPAT KOSONG
“
Aku Sebuah Motosikal “ Tulis karangan kamu selengkapnya.
Aku ialah sebuah motosikal.Aku
diberi nama __________________.Aku dibuat daripada gabungan
______________________________________________ dan lain-lain lagi.Aku
dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Tokyo Jepun.
Setelah anggota badanku siap
dipasang,aku di masukkan ke dalam
____________________________________________________.Banyak lagi rakan
sepertiku yang berada di dalam treler itu.Kami dihantar ke ____________________
untuk di _____________________________ ke Malaysia.Apabila aku sampai di
pelabuhan Klang,sebuah treler lain telah menanti ketibaan ku dan rakan-rakan
yang lain.Aku dan kawan-kawan telah dibawa pula ______________________________.
Aku dipamerkan kepada orang
ramai.Tauke kedai itu meletakkan tanda harga pada badanku.Hargaku
___________________________________________.Aku begitu bangga kerana ramai
orang memuji-muji akan kecantikkanku.Mereka
__________________________________________________________ badanku.
Akhirnya,__________________________________________________________________.Pemuda
itu menunggangku dengan penuh bergaya.Tugasku setiap hari ialah membawa pemuda
itu _________________________________________ Apabila pulang dari kerja pemuda
itu memandikan aku dan mengelap tubuh badanku.Dia
________________________________________________________.
Pada suatu hari, aku dibawa
berjalan-jalan.Tiba-tiba ___________________
________________________________________________________.Aku
terbaring diatas jalan raya.Aku mengaduh kesakitan.Badanku ada yang pecah dan
___________________________________.Aku telah ________________________
Aku
____________________________________.Aku tidak dapat bertugas seperti biasa
lagi.Mekanik di bengkel itu ___________________________________ tubuh
badanku.Dia hanya mengambil _____________________________________ yang boleh
digunakan saja.Kini,aku ______________________________________
MENYUSUN PERENGGAN MENJADI KARANGAN YANG BETUL
Andai kamu sepasang kasut sukan.Ceritakan kisah hidup
kamu.
Pada suatu petang,seorang gadis
begitu asyik membelekku.Mungkin dia berkenan akan bentuk dan kualiti yang aku
miliki.Sangkaanku tepat.Dia telah membeliku dengan harga RM89.90.Aku sangat
gembira kerana mendapat tuan yang baharu.
Aku dan rakan-rakanku kini
ditempatkan di sebuah kedai menjual peralatan sukan di sebuah pusat
membeli-belah.di sekitar ibu kota.Di sini,aku dipamerkan di dalam rak kaca dan
diletakkan tanda harga.Aku dapat mengenali rakan-rakanku yang berjenama lain
seperti Line 7,Adidas,Puma,Yonex dan sebagainya.
Pada setiap petang atau cuti hujung
minggu,pemuda itu menggunakan aku untuk berjoging disekeliling taman
rekreasi.Aku berasa teruja kerana dapat berkhidmat kepada tuan baharuku
disamping membantu mengekalkan kecergasan dan kesihatannya.Selepas
digunakan,badanku sentiasa dibersihkandan disimpan di tempat yang selamat.
Aku ialah sepasang kasut sukan yang
berjenama Power.Aku sering digunakan untuk berjoging dan bermain badminton.Aku
merupakan kasut yang tahan lasak dan dapat digunakan sama ada di dalam atau di
luar gelanggang.
Aku bersyukur kerana mendapat tuan
yang cermat dan berhemah.Sehingga kini,sudah hamper tiga tahun aku berkhidmat
dengan tuanku.Meskipun tapakku semakin haus dan warna kulitku yang semakin
pudar,namun dia masih setia menggunakan khidmatku.Aku bertuah mendapat tuan
yang sebaiknya.
Badanku diperbuat daripada kain
kanvas yang berlapikkan span dan berlantaikan getah.Untuk lebih berdaya
tahan,badanku telah digam dan dijahit kukuh supaya tahan lama.Setelah siap
diproses,aku dimasukkan kedalam kotak.Aku akan dibawa bersama-sama
rakan-rakanku yang lain meninggalkan tempat kelahiranku di Rompin, Pahang.